Monday, June 1, 2009

REFLEKSI SETIAUSAHA OLUMIS

1. Presiden dan naib presiden tidak dapat hadir Reunion 300509 lalu. Jadi setiausaha, selaku orang No. 3 persatuan automatiknya mengambil peranan mereka. Mempengerusikan mesyuarat singkat Reunion 300509.

2. Terpanggil pula untuk muhasabah kelemahan diri semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

3. Pertama, alamak!!! Tiada pun memulakannya dengan ummul Qur'an Surah al-Fatehah!!! Bukanlah boleh dipanggil teruk, tapi... alangkah baiknya majlis, tertib lagi berkat kalau dimulakan dengan Bismillah...

4. Ucapan alu-aluan ala-ala rasmi dengan lafaz 'Assalamualaikum....' pun terbang entah tidak terfikir pun mahu buat. Huhuhuhu....

5. Barangkali semua hal-hal di atas terlepas buat sebab semua ahli mesyuarat pun kawan-kawan rapat sahaja!!! Jadi tidak payah la skema sangat kunun!!! Tapi... alangkah...

6. Alangkah baik kalau buat amalan yang biasa diterapkan sedari dari sekolah menengah dulu ke hidup sekarang.

7. Saya terfikir... sebenarnya kalau mengambil sedikit masa membuka majlis dengan al-Fatehah, ahli mesyuarat akan ada sedikit masa bertenang-tenang santai-santai sebelum berbincang barangkali benda yang berat-berat.

8. Pahala pun dapat. Baca ayat qur'an ma!!! Bagi salam jawab salam dapat merit yang berbaloi!!!

9. Paling akhir... semasa mesyuarat, mengakhiri mesyuarat tiada pula saya cuba mendapatkan cadangan bermula dari sebelah kanan saya akhir paling ke kiri!!!! Saya buat begini pula, "Bah ada apa-apa lagi?" THE END!!! That's it!!! Adudui.... lupa-lupa!!! (tepuk kepala, tepuk dahi).

10. Banyak perlu digilap lagi ni stail mempengerusikan mesyuarat.

11. Saya juga besar-besar berharap 2 orang bos Arham dan Mohamad saya akan dapat hadir untuk perhimpunan akan datang. Bolehlah membuat observasi!!! Belajar dari mereka bagaimana stail mereka!!!

12. Buat masa ini, nilah refleksi saya kut!!!

13. Kesimpulan besar... harap-harap stail ini akan ada pembaikan.

No comments:

Post a Comment