Monday, December 28, 2009

COVER PERLEMBAGAAN


UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MOHAMAD ALI RANAU, SABAH



KANDUNGAN


FASAL 1 TAKRIF
FASAL 2 NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
FASAL 3 LOGO/ BENDERA/ LAMBANG/ LENCANA
FASAL 4 OBJEKTIF
FASAL 5 KEAHLIAN
FASAL 6 HAK-HAK LAIN
FASAL 7 MEMOHON KEAHLIAN
FASAL 8 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
FASAL 9 PEMECATAN DAN PERBERHENTIAN KEAHLIAN
FASAL 10 URUSAN DAN PERJALANAN PERSATUAN
FASAL 11 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FASAL 12 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
FASAL 13 JAWATANKUASA
FASAL 14 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA
FASAL 15 MESYUARAT JAWATANKUASA
FASAL 16 KEWANGAN
FASAL 17 PEMERIKSA KIRA-KIRA
FASAL 18 PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DI BAWAH SEKSYEN 9(B) AKTA PERTUBUHAN, 1996
FASAL 19 PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 20 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
FASAL 21 LARANGAN
FASAL 22 PEMBUBARAN
FASAL 23 PENTADBIRAN PREMIS

Friday, December 25, 2009

PENDAFTARAN SEMEKAR ALUMNI

1. Sehari sebelum cuti umum Hari Natal. Pergi ke Menara MAA Tingkat 5 Pejabat Pendaftar Pertubuhan Cawangan Kota Kinabalu (ROS).

2. Ya. Mendaftar akhirnya. Bagus juga tidak terus mendaftar 4 tahun lepas. Masa itu, semua orang masih belajar. Borang info AJk semua minta info pekerjaan, alamat majikan lagi. Mungkin ROS itu cerewet soal latar belakang AJK Penaja Pendaftaran.

3. Semua dokumentasi fail yang perlu lengkap - Borang Coklat 6 keping, Senarai AJK 4 salinan, Perlembagaan 6 buku, Laporan Mesyuarata Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) 4 salinan ada, dan bingo 4 salinan laporan mesyuarat jawatankuasa bagi tujuan pendrafan Perlembagaan siap.

4. Tunggu-tunggulah. Nanti Bulan 1 dihubungi oleh ROS untuk perkembangan pendaftaran. Maklumlah pegawai ROS yang bidang tugasnya meneliti semua dokumen berkaitan tadi dalam mood bercuti. Hujung tahun ma.

5. Bagus. Akhirnya.

Friday, June 5, 2009

MOMEN-MOMEN REUNION 300509

1. Ini semua gambar dari kamera jurukamera cik Siti Safira.
2. Sedikit sahajalah setiausaha paparkan di sini. Mahu tinguk banyak? Pigi di sini http://reunionxsemekar.blogspot.com/ - blog rasmi persatuan!!!







LAPORAN KHAS KEWANGAN PERSATUAN

TABUNG ALUMNI


Tarikh : 2008
Masuk: RM100.00
Dari: Arrauwi (Transfer)
Tujuan: Pendaftran Alumni

Tarikh: 2008
Keluar: RM7.00
Tujuan: Borang Daftar Persatuan

Tarikh: 29/5/2009
Keluar: RM93.00
Tujuan: Pinjam membiayai reunion 30/05/09

Tarikh: 31/05/09
Masuk: Bayar Semula (Tebus) dari baki Kewangan Reunion 300509 RM93.00

Kesimpulan:
Tarikh: 02/06/2009
Baki b/b: RM93.00


Aktiviti: Reunion PMR 2000/ SPM ‘02/ STPM ‘04
Tempat: Sungai Biru, Lohan
Tarikh: 30 Mei 2009

Laporan Khas Kewangan

Belanjawan Jamuan


Tarikh: 27/5 & 30/5
Yuran 11 orang bayar: RM132.00
Tarikh: 27/5
Butiran: Belian:
Resit 1 RM15.65
Resit 2 RM12.35
Tarikh: 29/5
Butiran:Resit 3 RM29.25
Belian: Bil 4 RM26.30
Sumbangan 1 RM150.00
Belian:
Bawang
Lada
Tuhau RM4.00
Ayam Bulat: Bil 5 RM29.90
Pinjaman: Tabung Alumni RM93.00
Tarikh: 30/5
Butiran:Sumbangan 2 RM15.00
Sumbangan 3 RM6.20
Belian RM6.20
Arang RM9.60
Sewa (Sg. Biru) RM50.00
Sumbangan 4 RM5.60

JUMLAH MASUK = RM401.80
JUMLAH KELUAR = RM183.25
BAKI b/b 218.55
31/05/09 Tebus Tabung Alumni 93.00
BAKI b/b 125.55


Dilaporkan oleh:
Askidah Tahir
Untuk rekod Bendahari:
Mohd. Arrauwi Ginsing


Dear Arrauwi:
Saya melaporkan kesimpulan baki duit persatuan dalam tangan saya adalah sebanyak RM93.00 (Pungutan 5 tahun lalu) + RM125.55 (baki belanja reunion 30/05/09 Sg. Biru) = RM218.55

BLOG RASMI PERSATUAN

http://reunionxsemekar.blogspot.com/

melaporkan blog rasmi persatuan baru saja dibuat. Silalah berkunjung!!! Blog yang ini ni bersifat kesetiausahaan sahaja.

pendaftaran alumni di ROS sedang proses pengurusan. selepas pendaftaran ini harapannya semua bekas pelajar, bekas guru tidak kira tahun bila atau 'batch bila' orang putih cakap akan bersatu di bawah nama SEMEKAR ALUMNI (nama ringkas persatuan berdasarkan Perlembagaan Persatuan).

Monday, June 1, 2009

REFLEKSI SETIAUSAHA OLUMIS

1. Presiden dan naib presiden tidak dapat hadir Reunion 300509 lalu. Jadi setiausaha, selaku orang No. 3 persatuan automatiknya mengambil peranan mereka. Mempengerusikan mesyuarat singkat Reunion 300509.

2. Terpanggil pula untuk muhasabah kelemahan diri semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

3. Pertama, alamak!!! Tiada pun memulakannya dengan ummul Qur'an Surah al-Fatehah!!! Bukanlah boleh dipanggil teruk, tapi... alangkah baiknya majlis, tertib lagi berkat kalau dimulakan dengan Bismillah...

4. Ucapan alu-aluan ala-ala rasmi dengan lafaz 'Assalamualaikum....' pun terbang entah tidak terfikir pun mahu buat. Huhuhuhu....

5. Barangkali semua hal-hal di atas terlepas buat sebab semua ahli mesyuarat pun kawan-kawan rapat sahaja!!! Jadi tidak payah la skema sangat kunun!!! Tapi... alangkah...

6. Alangkah baik kalau buat amalan yang biasa diterapkan sedari dari sekolah menengah dulu ke hidup sekarang.

7. Saya terfikir... sebenarnya kalau mengambil sedikit masa membuka majlis dengan al-Fatehah, ahli mesyuarat akan ada sedikit masa bertenang-tenang santai-santai sebelum berbincang barangkali benda yang berat-berat.

8. Pahala pun dapat. Baca ayat qur'an ma!!! Bagi salam jawab salam dapat merit yang berbaloi!!!

9. Paling akhir... semasa mesyuarat, mengakhiri mesyuarat tiada pula saya cuba mendapatkan cadangan bermula dari sebelah kanan saya akhir paling ke kiri!!!! Saya buat begini pula, "Bah ada apa-apa lagi?" THE END!!! That's it!!! Adudui.... lupa-lupa!!! (tepuk kepala, tepuk dahi).

10. Banyak perlu digilap lagi ni stail mempengerusikan mesyuarat.

11. Saya juga besar-besar berharap 2 orang bos Arham dan Mohamad saya akan dapat hadir untuk perhimpunan akan datang. Bolehlah membuat observasi!!! Belajar dari mereka bagaimana stail mereka!!!

12. Buat masa ini, nilah refleksi saya kut!!!

13. Kesimpulan besar... harap-harap stail ini akan ada pembaikan.

REUNION 30/05/09

Reunion 30/05/09
Tempat: Sg. Biru Lohan Ranau
Waktu: 9 pagi-2.30 petang



Kehadiran:
1. Askidah Tahir
2. Siti Safira zakaria
3. Norain Ismail
4. Ardiana Soinin
5. Azlan Lakunsim
6. Mohd. Nizhamul Hayat Abdul Majid
7. Mohd. Syazwan Sotiman
8. Sahirin Bianus
9. Hamrullah Wasli
10. Mohd. Radzif Rujih
11. Luqman Al-hakim Saprin

Yuran Pungutan:
RM12 sekepala

Agenda:
1. BBQ & Jamuan Makan (andaikan saja ia sebagai agenda)
2. Membincangkan aktiviti bagi sessi 2009/2010


Minit Mesyuarat dalam Bentuk Santai

AKTIVITI SESSI 2009/2010

SESSI 2009


1. Luqman mencadangkan 'Konvoi Ziarah Pengantin' memandangkan berita bebrapa ahli persatuan akan menamatkan zaman bujang diketengahkan. Secara ringkas, aktiviti ini mungkin akan membawa persatuan untuk 'car pooling' - tumpang-menumpang kereta beramai-ramai berziarah ke walimah urus mempelai.

Norain Ismail dan Ardiana Soinin menawarkan diri menjadi penggerak utama aktiviti ini. Bravo you two!!!

2. Nizhamul mencadangkan persatuan mengadakan perjumpaan (seakan jamuan) semasa Hari Raya Aidil Fitri. Askidah mengusulkan jamuan itu bersifat 'Potluck'. Maksudnya ahli-ahli akan membawa makanan/minuman/ kudapan untuk dijamu semasa Jamuan Reunion Raya. Hamrullah/Azlan/Niz/ Ardiana membangkit isu tempat. Setakat ini diputuskan Potluck Reunion Raya ini akan diadakan di luar Ranau. Kemungkinan besar Kota Kinabalu.

Azlan dan Nizhamul sepakat untuk menjadi pelaksana Potluck Reunion raya ini!!! You both are great!!!

SESSI 2010

1. Ahli yang tidak hadir Azrule Hamzah, SAlisu Asrakal dan Suzilawati mencadangkan melalui setiausaha persatuan mengadakan Ekpedisi Mendaki Gunung bagi sessi 2010. Azrule Hamzah dibantu oleh Askidah tahir dipertanggungjawabkan untuk menjadi penggerak aktiviti ini.

ISU BEBANGKIT
1. Pendaftaran Alumni sedang dalam proses pendaftaran di ROS.
2. 1 Mei 2010 mungkin dipilih bagi mengadakan mesyuarat agung (reunion) sessi 2010. walaubagaimanapun surat jemputan/ SMS/ Berita menghadiri mesyuarat ini akan dihebohkan awal apabila tarikh sudah dipastikan oleh Jawatankuasa Alumni lantikan 2004!!!

KESIMPULAN
1. Semua aktiviti di atas akan dipantau dan diikuti perkembangannya oleh Jawatankuasa Alumni Lantikan 5 tahun lalu.

2. Gambar-gambar reunion 30/05/09 akan dipaprkan mungkin nanti selepas setiausaha mendapat gambar daripada ahli2 yang menangkap gambar!!!

3. Semua aktiviti setakat ini hanya untuk ahli persatuan bukan untuk sumbangan terhadap SMK (A) Muhd. Ali. Suatu mesyuarat/ perbincangan pada suatu tarikh, perkara ini akan dibincangkan.

4. Blog ini bukan blog rasmi Persatuan... cuma laporan2 setiausaha untuk pengetahuan ahli.

Terima Kasih
Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan. Sangat-sangat!!!