Monday, June 1, 2009

REUNION 30/05/09

Reunion 30/05/09
Tempat: Sg. Biru Lohan Ranau
Waktu: 9 pagi-2.30 petang



Kehadiran:
1. Askidah Tahir
2. Siti Safira zakaria
3. Norain Ismail
4. Ardiana Soinin
5. Azlan Lakunsim
6. Mohd. Nizhamul Hayat Abdul Majid
7. Mohd. Syazwan Sotiman
8. Sahirin Bianus
9. Hamrullah Wasli
10. Mohd. Radzif Rujih
11. Luqman Al-hakim Saprin

Yuran Pungutan:
RM12 sekepala

Agenda:
1. BBQ & Jamuan Makan (andaikan saja ia sebagai agenda)
2. Membincangkan aktiviti bagi sessi 2009/2010


Minit Mesyuarat dalam Bentuk Santai

AKTIVITI SESSI 2009/2010

SESSI 2009


1. Luqman mencadangkan 'Konvoi Ziarah Pengantin' memandangkan berita bebrapa ahli persatuan akan menamatkan zaman bujang diketengahkan. Secara ringkas, aktiviti ini mungkin akan membawa persatuan untuk 'car pooling' - tumpang-menumpang kereta beramai-ramai berziarah ke walimah urus mempelai.

Norain Ismail dan Ardiana Soinin menawarkan diri menjadi penggerak utama aktiviti ini. Bravo you two!!!

2. Nizhamul mencadangkan persatuan mengadakan perjumpaan (seakan jamuan) semasa Hari Raya Aidil Fitri. Askidah mengusulkan jamuan itu bersifat 'Potluck'. Maksudnya ahli-ahli akan membawa makanan/minuman/ kudapan untuk dijamu semasa Jamuan Reunion Raya. Hamrullah/Azlan/Niz/ Ardiana membangkit isu tempat. Setakat ini diputuskan Potluck Reunion Raya ini akan diadakan di luar Ranau. Kemungkinan besar Kota Kinabalu.

Azlan dan Nizhamul sepakat untuk menjadi pelaksana Potluck Reunion raya ini!!! You both are great!!!

SESSI 2010

1. Ahli yang tidak hadir Azrule Hamzah, SAlisu Asrakal dan Suzilawati mencadangkan melalui setiausaha persatuan mengadakan Ekpedisi Mendaki Gunung bagi sessi 2010. Azrule Hamzah dibantu oleh Askidah tahir dipertanggungjawabkan untuk menjadi penggerak aktiviti ini.

ISU BEBANGKIT
1. Pendaftaran Alumni sedang dalam proses pendaftaran di ROS.
2. 1 Mei 2010 mungkin dipilih bagi mengadakan mesyuarat agung (reunion) sessi 2010. walaubagaimanapun surat jemputan/ SMS/ Berita menghadiri mesyuarat ini akan dihebohkan awal apabila tarikh sudah dipastikan oleh Jawatankuasa Alumni lantikan 2004!!!

KESIMPULAN
1. Semua aktiviti di atas akan dipantau dan diikuti perkembangannya oleh Jawatankuasa Alumni Lantikan 5 tahun lalu.

2. Gambar-gambar reunion 30/05/09 akan dipaprkan mungkin nanti selepas setiausaha mendapat gambar daripada ahli2 yang menangkap gambar!!!

3. Semua aktiviti setakat ini hanya untuk ahli persatuan bukan untuk sumbangan terhadap SMK (A) Muhd. Ali. Suatu mesyuarat/ perbincangan pada suatu tarikh, perkara ini akan dibincangkan.

4. Blog ini bukan blog rasmi Persatuan... cuma laporan2 setiausaha untuk pengetahuan ahli.

Terima Kasih
Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan. Sangat-sangat!!!

2 comments:

  1. a'kum...
    wa...mcm best lak kmu skg..
    hrp2 sa ada msa join kmu nt..
    tahniah tuk c olumis..
    hehe...

    ReplyDelete
  2. hehe... harap2 kamu da masa senggang jugak!!! thanx....

    ReplyDelete