Friday, December 25, 2009

PENDAFTARAN SEMEKAR ALUMNI

1. Sehari sebelum cuti umum Hari Natal. Pergi ke Menara MAA Tingkat 5 Pejabat Pendaftar Pertubuhan Cawangan Kota Kinabalu (ROS).

2. Ya. Mendaftar akhirnya. Bagus juga tidak terus mendaftar 4 tahun lepas. Masa itu, semua orang masih belajar. Borang info AJk semua minta info pekerjaan, alamat majikan lagi. Mungkin ROS itu cerewet soal latar belakang AJK Penaja Pendaftaran.

3. Semua dokumentasi fail yang perlu lengkap - Borang Coklat 6 keping, Senarai AJK 4 salinan, Perlembagaan 6 buku, Laporan Mesyuarata Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) 4 salinan ada, dan bingo 4 salinan laporan mesyuarat jawatankuasa bagi tujuan pendrafan Perlembagaan siap.

4. Tunggu-tunggulah. Nanti Bulan 1 dihubungi oleh ROS untuk perkembangan pendaftaran. Maklumlah pegawai ROS yang bidang tugasnya meneliti semua dokumen berkaitan tadi dalam mood bercuti. Hujung tahun ma.

5. Bagus. Akhirnya.

No comments:

Post a Comment